AirAsia dan Malindo Air sedia bantu pelajar IPT terjejas

0
226
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Syarikat penerbangan tambang murah tempatan, AirAsia Berhad dan Malindo Air bersedia membantu penuntut institut pengajian tinggi (IPT) yang terjejas susulan penangguhan pendaftaran untuk menukar tarikh penerbangan.

Perkara itu diumumkan dalam laman Facebook milik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini.

Katanya, KPT bekerjasama dengan AirAsia Berhad dan Malindo Air dalam membantu pelajar IPT yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka bagi sesi pembelajaran 2020/2021.

Bantuan yang disediakan oleh AirAsia

Dalam kenyataan yang dimuat naik melibatkan AirAsia, katanya, syarikat penerbangan itu menyediakan khidmat penukaran tarikh tanpa had sebelum 31 Disember ini di laluan yang sama tanpa bayaran tambahan.

Bagaimanapun, katanya, ia tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk untuk pelajar dan ibu bapa.

“Pelajar boleh hubungi IPT masing-masing bagi mendapatkan cara-cara mengemukakan maklumat bagi tujuan ini,” ujarnya.

Sementara itu, bagi perkhidmatan yang disediakan Malindo Air pula, pelajar boleh mendapatkan pengecualian fi penukaran tarikh.

Bagaimanapun, katanya, ia tertakluk kepada perbezaan tambang.

Bantuan yang disediakan oleh Malindo Air

“Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak Malindo Air di talian 03-78415388 atau emel di customer_care@malindoair.com,”katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here