
LONDON – Pelakon Sean Connery dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Menurut laporan BBC, Connery, 90, merupakan aktor pertama yang membawakan watak perisik terkenal, James Bond ke layar perak pada tahun 1962 menerusi filem Dr. No, dan pernah muncul dalam 7 siri francais filem tersebut.
Beliau sering dianggap oleh para peminat sebagai pelakon terbaik yang pernah membawakan watak perisik dengan kod nama 007 itu.
Selain itu, beliau turut pernah membintangi filem aksi lain seperti The Hunt for Red October, The Rock, dan Inidana Jone and the Last Crusade.
Connery dianugerahkan gelaran ‘Sir’ oleh Ratu England pada tahun 2000.