Apple perkenal empat variasi iPhone 12

0
95
Rekaan iPhone 12 yang mengembalikan ergonomik iPhone 4, 5.

APPLE melancarkan empat varian telefon pintar ikoniknya iaitu iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Pendedahan gambar iPhone 12 itu baru-baru ini dikongsikan oleh pembocor berita terkenal Evan Blass.

Manakala di Malaysia, gambaran kemunculan iPhone12 turut dikongsikan Maxis melalui video parodinya, tidak lama dulu.

Dari segi reka bentuk, iPhone 12 dibina dengan adaptasi ergonomik yang mirip iPhone 4 dan 5.

iPhone 12 Pro dan iPhone Pro Max

Bagi iPhone 12 Pro dan versi ‘Max’, model ini menggunakan tetapan tiga lensa yang dinaik taraf termasuk keupayaan dipertingkat berbanding generasi sebelum ini.

Dua versi peranti berkenaan menggunakan skrin OLED Super Retina XDR serta kefungsian sistem kamera baharu.

iPhone 12 mini dan iPhone 12

Manakala bagi iPhone 12 mini dan iPhone 12, varian berprestasi lebih rendah ini dilengkapi dengan dua kamera belakang iaitu kamera utama dan kamera ultra lebar.

Kesemua iPhone 12 menggunakan pemproses 5nm pertama di dunia iaitu Apple A14 Bionic yang menawarkan prestasi lebih baik di samping keupayaan pemprosesan lebih pantas.

Sistem kamera untuk peranti iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max ini mempunyai sensor LiDAR bagi membantu optimasi kualiti gambar dan video sekali gus menghasilkan kualiti lebih baik.

Peminat produk Apple di negara ini dijangka dapat membeli iPhone 12 sekitar hujung bulan Oktober pada harga berikut;

iPhone 12 Mini – RM3,399
iPhone 12 – RM3,899
iPhone 12 Pro – RM4,899
iPhone 12 Pro Max – RM5,299

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here