Ayuh Bangkit siri ketujuh bakal cetuskan gelombang kebangkitan ekonomi Islam

0
250
Coach Fadzil

RAUDHAH CITY – Selepas kejayaan enam siri program Ayuh Bangkit, buat kali pertama program yang memasuki siri ketujuh itu akan diadakan di dalam pusat beli belah Malakat Mall, Cyberjaya di sini, esok.

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim, keputusan untuk memilih pusat beli belah itu sebagai lokasi bagi menganjurkan siri terbaharu itu dibuat bagi memberi pendedahan dan tunjuk ajar secara langsung kepada setiap peserta mengenai bidang perniagaan.

“Saya mohon maaf jika sebelum ini saya tidak ada cukup masa untuk buat program seperti ini tetapi kali ini saya dan pasukan sudah membuat keputusan untuk adakan program Ayuh Bangkit di Malakat Mall pada setiap minggu di mana kita akan sediakan tempat untuk 100 peserta.

“Yuran pula ikut suka hati, nak bayar boleh tak nak bayar pun takpa, sebab kita akan gunakan yuran ini untuk projek infaq yang bakal dilaksanakan nanti,” katanya yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

Coach Fadzil berkata, program itu akan bermula seawal pukul 5.30 pagi supaya setiap peserta dapat menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Menurut Coach Fadzil lagi, untuk pengisian program tersebut, setiap peserta akan diajar dengan asas perniagaan dan formula yang boleh melariskan jualan sehingga 100 kali ganda.

“Sepanjang pemerhatian, saya lihat ramai usahawan yang tiada asas nombor langsung, jadi mari datang dan sertai program Ayuh Bangkit di Malakat Mall.

“Lelaki atau perempuan semua boleh datang, kita akan adakan program ini di ruang legar ‘mall’ iaitu lokasi medan perang ekonomi.

“Belum pernah lagi berlaku, selalunya peserta yang datang akan belajar di dalam kelas tapi kali ini kita akan tunjukkan secara langsung apa yang perlu usahawan lihat,” katanya.

Sementara itu, Coach Fadzil berkata, kepada mereka yang berminat boleh mendaftar diri melalui link http://bit.ly/ayuhbangkit7.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here