Azmin nafi positif Covid-19, jalani kuarantin kendiri di rumah

0
119
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan sekeping gambarnya yang sedang melakukan kerja dari rumah

CYBERJAYA – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin bahawa dirinya dijangkiti Covid-19.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

“Banyak spekulasi mengenai status kesihatan saya. Terima kasih kerana ramai yang prihatin dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya sekeluarga.

“Saya telah menjalani dua ujian Covid-19. Alhamdulillah, keputusan kedua-dua ujian adalah negatif.

“Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sehingga ujian Covid-19 yang ketiga dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya,” katanya.

Menurut Azmin, buat masa ini, beliau akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dari rumah.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan seluruh rakyat Malaysia senantiasa dilindungi dari jangkitan Covid-19.

Sejak semalam, khabar angin mengenai Azmin dan seorang lagi menteri dijangkiti Covid-19 tular di media sosial.

Bagaimanapun, tiada pihak yang mengesahkan mengenai khabar angin itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here