Bas percuma di Putrajaya mulai 1 Nov

0
273

CYBERJAYA – Pengguna pengangkutan awam di Putrajaya akan menikmati perkhidmatan bas percuma mulai 1 November ini.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Datuk Rosida Jaafar, perkhidmatan percuma ini meliputi 12 laluan bas Nadi Putra di sekitar Putrajaya dan membabitkan kos sebanyak RM12 juta setahun.

“Kemudahan yang disediakan menerusi agensi KWP, Perbadanan Putrajaya (PPj), ini adalah antara inisiatif di bawah Wilayah Prihatin bagi membantu rakyat khususnya warga Putrajaya mengurangkan beban sara hidup dalam aspek pengangkutan serta memudahkan masyarakat berurusan dengan kerajaan,” kata Rosida sejurus melancarkan perkhidmatan tersebut, hari ini.

“Pada masa yang sama, perkhidmatan percuma ini juga dapat menggalakkan aktiviti pelancongan domestik di Putrajaya yang membantu memulihkan ekonomi setempat ekoran pandemik COVID-19,” tambah beliau lagi.

Bagi penumpang bukan warganegara pula, mereka akan dikenakan tambang sebanyak RM1.50.

Selain Putrajaya Sentral sebagai stesen utama, dua hentian iaitu Kompleks E di Presint 1 dan Dataran Gemilang di Presint 4 akan dijadikan sebagai transit yang menghubungkan laluan perkhidmatan utama dengan beberapa laluan perkhidmatan yang lain bagi memudahkan penumpang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here