BN tidak bertanding dalam PRK Parlimen Batu Sapi

0
248
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

CYBERJAYA – Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi selepas kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong minggu lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu diambil bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 menjadi lebih serius.

“BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilakukan kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, BN meletakkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.

Vui Keong yang juga Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.

Susulan itu, Dewan Rakyat kelmarin mengemukakan pemberitahuan kepada SPR berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Batu Sapi.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi berkenaan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan suruhanjaya itu ada kekosongan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here