Butik pakaian Gondola31 tawar diskaun hingga 70 peratus sempena ulang tahun kelima

0
365
Butik Gondola31 bakal menyambut ulang tahun kelimanya pada 8 November ini

IPOH – Butik vendor terbesar di Perak, Gondola31 menawarkan potongan harga barangan sehingga 70 peratus sempena sambutan ulang tahun kelimanya beroperasi.

Pengasas Butik Gondola31, Nizam Baharudin berkata, kempen jualan bertemakan ‘5 Years Gondola31, We Still Here’ itu bermula semalam hingga 8 November ini.

Katanya, sepanjang kempen jualan itu berlangsung, setiap pelanggan berpeluang menikmati tiga keistimewaan utama.

“Pertama, selain menawarkan potongan harga produk hingga 70 peratus, pelangggan juga bakal membawa pulang pelbagai hadiah dengan setiap pembelian RM10 dan ke atas.

“Hadiah-hadiah yang ditawarkan pula adalah bergantung pada jumlah pembelian. Ini bermakna, semakin tinggi pelanggan berbelanja, maka semakin lumayan hadiah diperoleh,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Antara barangan yang terdapat di Gondola31

Lebih menarik Nizam berkata, pelanggan yang berbelanja minimum RM150 dan ke atas secara automatik berpeluang menyertai segmen Cabutan Bertuah Gondola31.

Menyorot semula sejarah pembukaan kedai itu, Nizam berkata, penubuhan Gondola31 adalah untuk memberi peluang kepada warga Perak dan sekitar wilayah utara membeli koleksi pakaian wanita dan lelaki, tudung, telekung, beg, kasut, aksesori, wangian dan kosmetik jenama popular tempatan di bawah satu bumbung.

Pengasas Gondola31,Nizam Baharudin

“Ini kerana seperti yang kita sedia maklum kebanyakan butik jenama tempatan beroperasi di sekitar Lembah Klang, Shah Alam, Selangor dan Bangi, Selangor. Disebabkan itu, kami ‘membawa’ kumpulan vendor ke Gondola31.

“Justeru, butik setinggi dua tingkat ini bagaikan syurga beli-belah buat golongan wanita, lelaki, kanak-kanak dan seisi keluarga yang ingin mendapatkan variasi fesyen dari hujung rambut hingga hujung kaki dalam rekaan terkini,” ujarnya.

Nizam berkata, sehingga kini terdapat lebih daripada 70 jenama fesyen tempatan popular dan eksklusif ditawarkan di Gondola31 dari seluruh negeri.

Beliau berkata, antaranya ialah produk jenama Jannahnoe, HerBintWahab, KeHati, ByRaa dan Marshmallow Scarf.

Selain itu, katanya, terdapat juga jenama Cotton Metaphore, Naelofar, Madre, Chenta Qaseh, Bokitta, FOR Factory Outlet, Redaudra, Lisaadam dan banyak lagi.

“Selain produk fesyen butik Gondola31 juga menawarkan ‘Snacklicious Corner’.

“Ruang yang beroperasi di aras satu butik ini menempatkan lebih 32 variasi snek lazat keluaran 12 usahawan kecil dan sederhana (IKS) tempatan khususnya di sekitar Perak,” katanya.-MT

Antara snek yang terdapat di Snacklicious Corner

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here