Cawangan LHDN di Kota Kinabalu, Sandakan ditutup sementara bermula hari ini

0
297
LHDN Cawangan Sandakan akan ditutup sementara bermula hari ini

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menutup buat sementara waktu dua cawangannya di Sabah iaitu di Kota Kinabalu dan Sandakan bermula hari ini.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, penutupan itu akan dibuat sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Dalam tempoh ini pembayar cukai disarankan untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian,” katanya.

Menurut LHDN, sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Selain itu, katanya, pertanyaan juga boleh dibuat melalui HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here