Covid-19: 2,200 kakitangan Malindo dijangka diberhentikan

0
126
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan Malindo Airways Sdn Bhd dijangka memberhentikan kira-kira 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya sebagai langkah mengurangkan kos operasi akibat penularan Covid-19.

Syarikat penerbangan itu juga kemungkinan akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR.

“Proses pemberhentian kerja melibatkan kakitangan yang terlibat dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan tugasan yang pelbagai,” kata laporan dipetik Bernama hari ini. 

Pada 9 Oktober lepas, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd mengesahkan pemberhentian sebanyak 10 peratus daripada 24,000 kakitangan mereka untuk kelangsungan dalam industri penerbangan yang terjejas teruk kerana krisis Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Tan Sri Tony Fernandes berkata langkah pemberhentian kerja itu harus dilakukan memandangkan realiti sektor penerbangan yang menghadapi kesukaran untuk pulih dalam masa terdekat.

Pada 9 Mac, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAS) Kapten Izham Ismail dilaporkan berkata syarikat penerbangan premium itu akan memotong gaji pengurusan kanannya sebanyak 10 peratus yang berkuat kuasa mulai bulan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here