Covid-19: 489 kes baharu dilaporkan

0
177

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat sebanyak 489 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Kata KKM dalam akaun media sosial miliknya sebentar tadi, daripada jumlah itu, 487 merupakan akibat penularan tempatan dan selebihnya merupakan kes import.

facebook/Kementerian Kesihatan Malaysia

“(Bagi penularan tempatan), Kebanyakan kes daripada Kedah dari kluster Tembok dan di Sabah dari zon-zon merah,” kata paparan tersebut.

Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara meningkat kepada 13,993 kes.

Sementara itu, sebanyak 74 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes yang telah sembuh kepada 10,501 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 3,351 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif, dan kesemuanya telah diasingkan bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 40 pesakit sedang menerima di unit rawatan rapi (ICU) dengan 13 daripadanya diberikan bantuan pernafasan.

Angka kematian kekal tidak berubah iaitu sebanyak 141 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here