Covid-19 : 561 kes baharu dengan dua kematian

0
104
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 561 kes positif Covid-19 baharu dengan dua kematian menjadikan jumlah jangkitan yang direkodkan di dalam negara sehingga kini berjumlah 15,657 dengan 4,587 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan terbaharu itu menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kini berjumlah 157 orang.

Beliau berkata, Sabah mencatatkan 488 kes positif baharu, diikuti oleh Selangor (25 kes), Kedah (16 kes) dan Kuala Lumpur (15 kes).

“Daripada jumlah kes baharu, 553 kes penularan di dalam negara melibatkan 494 kes adalah warganegara Malaysia dan 59 kes adalah bukan warganegara, manakala lapan lagi merupakan kes import.

“Kes import melibatkan tiga dari Indonesia, China (2), Kemboja (1) dan Arab Saudi (1),” katanya dalam sidang media melalui Facebook Live hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, daripada penularan tempatan, 11 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September adalah sebanyak 353 kes.

Sebanyak lima kluster baharu dilaporkan hari ini manakala 90 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan

Terdapat 133 pemulihan pada hari Ahad, menjadikan jumlah kes terkumpul menjadi 10,913.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here