Covid-19: 563 kes baharu dilaporkan

0
79

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 563 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara setakat tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu, 562 merupakan jangkitan tempatan, manakala selebihnya adalah kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Sabah masih merekodkan bilangan tertinggi kes yang dilaporkan.

“Di Sabah, sebanyak 291 kes baharu dilaporkan, diikuti Selangor dengan 69 kes dan Kuala Lumpur, 12,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu sidang akhbar, sebentar tadi.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 16,220 kes.

Sementara itu, terdapat 109 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan di discaj daripada hospital, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 11,022 kes.

Setakat ini, terdapat xxx yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan, dan kesemua kes tersebut sudah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, 98 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 29 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan dua kes kematian hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan keatian kepada 159 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here