Covid-19: 629 kes baharu, 6 kematian dilaporkan

0
153

CYBERJAYA – Sebanyak 629 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara setakat tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu, sebanyak 627 kes merupakan kes penularan tempatan, manakala dua lagi adalah kes import.

“Sabah kekal negeri tertinggi dengan bilangan kes baharu, apabila sebanyak 489 kes dilaporkan.

“Selangor, negeri kedua dengan 50 kes baharu, diikuti Pulau Pinang, 33 kes,” kata Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, sebentar tadi.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 18,758 kes.

Sementara itu, sebanyak 245 kes lagi telah diklasifikasikan sebagai pulih dan telah di discaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan les yang telah pulih kepada 12,259 kes.

Ketika ini, terdapat 6,323 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan, dan kesemuanya diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 99 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 31 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, angka kematian akibat wabak ini terus meningkat apabila enam lagi kematian baharu dilaporkan, melibatkan 5 kes di Sabah dan satu di Selangor, menjadikan angka keseluruhan kes kematian kepada 176.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here