
CYBERJAYA – Jumlah terbaharu kes jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara terus melonjak naik apabila sebanyak 691 kes dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, lebih separuh daripada jumlah kes itu iaitu 394 kes berpunca daripada kluster Tembok di Kedah yang mana kesemua mereka terasing dari orang awam.
“Justeru, risiko penularan jangkitan amat rendah dan terkawal.
“Di Sabah pula, 219 kes dari zon merah iaitu kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara pentadbiran,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, daripada angka tersebut tiga kes merupakan kes import.
Dalam pada itu, katanya, jumlah kematian yang dilaporkan pula ialah empat kes sekali gus menjadikan angka kumulatif ialah 141 kes.
Beliau berkata, mereka yang telah sembuh dan dibenarkan keluar wad ialah sebanyak 87 kes.-MT