Covid-19: 865 kes baharu, 3 kematian hari ini

0
264
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 865 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan pada hari ini, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, sebanyak 858 kes adalah akibat penularan tempatan, manakala 7 lagi adalah kes import.

Sabah kekal negeri tertinggi dengan 643 kes, diikuti Selangor (107) dan Wilayah Persekutuan Labuan (34).

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 21,363 kes.

Sementara itu, sebanyak 455 kes telah dikategorikan sebagai telah pulih dan telah didiscaj daripada hospital, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh kepada 13,717 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 7,456 kes yang masih aktif dan kesemuanya telah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 99 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka keseluruhan kematian naik kepada 190 apabila 3 lagi kes kematian dilaporkan di Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here