Covid-19: Angka harian tertinggi kes baharu direkodkan lagi

0
216
DR. NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Negara kembali merekodkan angka harian tertinggi kes positif baharu Covid-19 apabila sebanyak 1240 kes dilaporkan, hari ini.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 1,240 kes merupakan akibat penularan tempatan manakala 2 lagi adalah kes import.

“Sabah masih merekodkan jumlah kes baharu yang tinggi dengan 927 kes, diikuti Selangor dengan 177, diikuti Negeri Sembilan sebanyak 25 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.

Angka baharu ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di dalam negara kepada 27,805 kes.

Sementara itu, sebanyak 691 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 17,825 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 9,744 kes yang dklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan di dalam negara, dan kesemuanya telah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 94 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 31 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

“Sementara itu, sebanyak 7 kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di dalam negara akibat wabak ini kepada 236 kes,” kata beliau lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here