Covid-19: Hanya ada dua pilihan, menang atau kalah

0
158
Dr. Noor Hisham

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan sahaja sekarang dalam melawan virus Covid-19.

Beliau berkata, pilihan yang ada ialah sama ada semua rakyat bersatu atau pasrah dengan keadaan berlaku.

“Apa yang hendak kita lakukan, kita yang putuskan sendiri sama ada kita bersatu melawan musuh yang sama.

“Atau kita terus menangis sepanjang masa dengan melihat angka jangkitan Covid-19 terus meningkat,” katanya dalam satu hantaran menerusi dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Pada masa sama, Dr. Noor Hisham turut mengingatkan orang ramai tentang keadaan petugas barisan hadapan yang terpaksa berhadapan dengan situasi getir sekarang dengan keringat dan air mata.

Sejak beberapa hari lalu kes jangkitan Covid-19 terus meningkat naik yang mana semalam kes harian paling tinggi dicatatkan iaitu 432 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here