Covid-19: Kampus UUM Sintok ditutup

0
218

CYBERJAYA – Kampus utama Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok ditutup sejak malam tadi susulan susulan seorang pelajar yang baru pulang dari Sabah dikesan positif Covid-19.

Menurut portal BH Online, penutupan ini dimaklumkan oleh Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani yang turut menambah, pelajar berkenaan sebelum ini terbabit dalam latihan Pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan tiba di kampus lebih awal.

Kata Dr. Ahmad Bashawir, selepas jangkitan itu dikesan, pihak universiti sudah dan sedang mengambil langkah perlu untuk mengawal penularan dengan melakukan penutupan serta merta dan melarang aktiviti keluar masuk kampus.

“Kumpulan ini tidak besar hanya membabitkan mereka yang terbabit dalam latihan PALAPES.

“Kementerian Kesihatan (KKM) pun sudah dimaklumkan mengenai hal ini untuk menentukan langkah seterusnya,” kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here