Covid-19: Kes global hampiri 50 juta

0
43

CYBERJAYA – Kes global koronavirus meningkat lebih daripada 500,000 untuk pertama kalinya pada hari Rabu, dengan peningkatan ketara berlaku di negara-negara di Hemisfera Utara.

Menurut Reuters, kebanyakan negara Barat dan Amerika Latin melaporkan lonjakan kes harian yang tinggi dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Setakat ini, angka keseluruhan kes global adalah sebanyak 44.7 juta dan telah menyebabkan 1.17 juta kematian.

Benua Eropah, Amerika Utara dan Amerika Latin mencatatkan lebih daripada 66 peratus jumlah kes global, dan 77 peratus daripada angka kematian keseluruhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here