Covid-19: Kes menurun tapi kekal 3 angka

0
87
Jumlah kes harian hari ini

CYBERJAYA – Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di seluruh negara kekal tiga angka meskipun terdapat penurunan kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhannya sebanyak 375 kes baharu dilaporkan hari ini.

Katanya, ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 14,368 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 3,703 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Daripada jumlah itu, 18 kes telah dikesan daripada kluster Tembok, kluster Benteng LD dan kluster Penjara Reman (iaitu meliputi 4.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes) hari ini.

“Kesemua kes positif dalam kluster-kluster terasing ini adalah di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) secara pentadbiran dan di dalam penjara,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, selain itu 50 kes daripada lain-lain kluster; 303 kes di dalam komuniti dan empat kes import.

Dalam pada itu, katanya, terdapat 60 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 20 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, beliau berkata, hari ini terdapat lima lagi kes kematian dilaporkan sekali gus menjadikan angka kumulatif kematian ialah 146 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here