Covid-19: Kes sembuh lebih tinggi daripada kes baharu

0
258
Kes positif Covid-19 di seluruh negara

CYBERJAYA – Buat pertama kali sejak gelombang ketiga melanda negara, kes pulih seharian untuk hari ini lebih tinggi daripada kes baharu yang dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu adalah petanda baik dalam mengawal penularan wabak Covid-19.

“Jumlah kes baharu discaj hari ini ialah 685 kes manakala jumlah kumulatif yang telah discaj ialah 19,757 kes atau 65.7 peratus.

“Jumlah kes baharu yang dilaporkan adalah 649 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif adalah 30,090 kes manakala kes aktif adalah 10,087 kes,” katanya dalam sidang akhbar Covid-19 hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, Sabah masih mencatatkan kes paling tinggi dalam negara dengan 352 kes manakala kawasan di Lembah Klang pula mencatatkan 159 kes.

Katanya, keempat-empat negeri itu telah menyumbang sebanyak 511 kes daripada jumlah harian kes positif Covid-19 secara keseluruhan.

“Sebanyak 36 kes lagi ialah berkaitan kluster-kluster penjara iaitu 34 kes daripada kluster Tembok dan dua kes daripada kluster Penjara Reman,” katanya.

Sementara itu, katanya, hari ini juga tiada sebarang kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian masih 246 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here