Covid-19 : KMM kesan 293 kes baharu

0
113
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 293 penularan kes baharu positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam sejak semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pecahan kepada jumlah itu melibatkan 126 kes di Sabah, 31 kes di Selangor, 8 kes di Johor, 5 kes di Wilayah Persekutuan Labuan, 2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2 kes di Negeri Sembilan, 2 kes di Perak dan masing-masing 1 kes di Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak.

“Di Sabah 13 kes dikesan di kluster Bangau-Bangau; 14 kes Kluster Benteng LD, 4 kes dari kluster baharu Kau Sing.

“Sebanyak 78 kes daripada saringan bergejala, 12 kes kontak rapat, 2 kes saringan kemasukan kerja dan masing-masing satu kes saringan komuniti, saringan masuk wad dan ujian masalah pernafasan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Dr. Noor Hisham, kes positif baharu itu melibatkan 292 jangkitan warga tempatan, 23 bukan warga negara dan satu kes import.

Penurunan sebanyak 24 kes berbanding catatan tertinggi direkodkan kelmarin (317) itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini berjumlah 12,381.

Sehingga kini, Covid-19 sudah meragut 137 nyawa manakala jumlah pesakit yang sudah discaj adalah 10,283 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here