Covid-19: Korea Selatan lapor pertambahan 64 kes

0
110

CYBERJAYA – Sebanyak 64 kes positif baharu dilaporkan di Korea Selatan hari ini, hari keempat di mana angka jangkitan baharu berada di bawah 100.

Menurut AP, situasi ini mungkin menggambarkan kurangnya jumlah ujian dijalankan pada waktu negara itu berada dalam musim percutian.

Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan kepada 24,091 kes. Angka kematian pula kekal 421.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Korea (KCDC), 38 daripada kes yang dilaporkan berlaku di kawasan metropolitan Seoul.

Sementara itu, 17 lagi merupakan kes import yang majoritinya melibatkan individu yang tiba dari Filipina, India dan Bangladesh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here