Covid-19 makin membimbangkan, 287 kes baharu dilaporkan hari ini tertinggi dalam sejarah

0
124
Info Grafik terkini Covid-19 untuk 2 Oktober 2020


CYBERJYA- Jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia nampaknya semakin meruncing apabila sebanyak 287 kes baharu dicatatkan hari ini.

Jumlah berkenaan merupakan yang tertinggi pernah direkodkan sejak wabak berkenaan melanda negara pada awal tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 287 kes yang dicatatkan hari ini, kesemuanya melibatkan penularan dalam negara.

“Negeri yang mencatat jumlah tertinggi kes baharu ialah Kedah membabitkan 129 jangkitan, diikuti Sabah (113) dan Kuala Lumpur (31).

“Seramai 22 individu sedang dirawat di ICU dengan empat memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, pada hari ini juga, sebanyak 81 kes sembuh dilaporkan, ia menjadikan jumlah kumulatif sembuh kepada 10,095 kes atau 85.8 peratus.

“Tiada kematian baharu direkodkan hari ini dan jumlah kumulatifnya kekal 136 kes atau 1.16 peratus,” katanya.

Dalam pada itu katanya, terdapat dua kluster baharu dilaporkan di Selangor iaitu pada hari ini iaitu kluster Seri Setia dan kluster Sri Anggerik.

“Kes indeks ini mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah,” kata Dr. Noor Hisham Abdullah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here