Covid-19: Pakar ramal penemuan ‘vaksin sebenar’ sesuatu yang mustahil

0
188
Sir Patrick Vallance

LONDON – Wabak Covid-19 tidak akan dapat dihentikan sepenuhnya walaupun selepas penemuan vaksin dan masyarakat dunia dijangka hidup ‘dengan’ virus itu dalam satu jangka masa yang lebih lama.

Ketua Penasihat Saintifik Britain, Sir Patrick Vallance berkata, penghasilan vaksin mungkin akan dapat melemah virus berkenaan tetapi mustahil dapat menghentikannya sepenuhnya penularan.

“Akhirnya virus Covid-19 ini suatu hari nanti akan menjadi seperti selesema dan tidak mustahil penularannya akan menyebabkan ‘wabak biasa’ pada setiap tahun.

“Saya tidak rasa kita akan menemui vaksin yang benar-benar akan dapat mensteril atau menghentikan jangkitan virus ini sepenuhnya.

“Kemungkinan yang paling tinggi adalah penyakit ini akan beredar dan menjadi endemik,” katanya dalam pertemuan Jawatankuasa Strategi Keselamatan Nasional House of Lords baru-baru ini.

Lebih merumitkan katanya, penghasilan vaksin tidak akan sama sekali menjadi ‘penawar’ kerana sifat virus selesema yang kerap bermutasi, kadang-kala sekali setahun.

Dalam kata lain, vaksin tidak akan bertahan terlalu lama dan sentiasa memerlukan penghasilan baharu.

Menurut jangkaan dan pemerhatiannya, Covid-19 akan menjadi seperti selsema, influenza, taun, campak dan malaria.

Sehubungan itu Patrick menyeru pegawai kerajaan negara itu berhenti daripada menabur janji manis mengenai vaksin yang dijangka tersedia pada tahun depan.

“Adalah lebih baik sekiranya kita memberi gambaran yang sebenar dan lebih jelas mengenai ancaman ini.

“Kita boleh mengambil contoh penghasilan vaksin-vaksin terdahulu yang memakan masa sehingga 10 tahun, dan paling cepat mungkin lima tahun,” katanya.

Buat masa ini katanya, masyarakat dunia hanya boleh mengharapkan vaksin yang dapat mengurangkan risiko jangkitan dan kesan daripada jangkitan.

United Kingdom semalam merekodkan 18,900 kes positif dengan 80 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here