Covid-19: Perancis sudah hilang kawalan wabak

0
649
Gambar hiasan

PARIS – Pihak berkuasa kesihatan Perancis memberi amaran awal peningkatan dua kali ganda wabak Covid-19 daripada lebih 50,000 kes yang direkodkan setiap hari sekarang.

Penasihat Sains Kerajaan, Profesor Jean Francois Delfraissy berkata, penilaian yang dibuat oleh para doktor di negara itu menjangkakan jumlah kes harian meningkat kepada lebih 100,000 kes setiap hari.

Sehubungan itu, Ketua Majlis Saintifik yang menasihati perkembangan pandemik negara itu menggesa kerajaan memperkenalkan perintah kawalan pergerakan pada setiap hujung minggu bagi mengekang penularan ‘brutal’ wabak itu.

“Sekarang kita merekodkan lebih 50,000 kes setiap hari, kita risau jumlah sebenar mungkin meningkat kepada 100,000 setiap hari,” katanya dalam siaran Radio RTL semalam.

Semalam, sebanyak 52,010 kes baharu positif Covid-19 direkodkan di Perancis dalam tempoh 24 jam membawa kepada jumlah 1,138,000 kes keseluruhannya.

Perancis kini merupakan negara ke lima tertinggi kes Covid-19 selepas Amerika Syarikat, India, Brazil dan Rusia.

Sementara itu, Eric Caumes yang merupakan Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit di hospital terbesar di Paris, La Pitié-Salpêtrière baru-baru ini membuat kenyataan bahawa negara itu sudah hilang kawalan terhadap wabak Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here