
CYBERJAYA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan dirinya positif Covid-19 dan sudah memulakan proses kuarantin
Trump berkata demikian dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, sebentar tadi.
“Hari ini, saya dan isteri disahkan positif Covid-19
“Kami akan memulakan proses kuarantin dan pemulihan. Kami akan mengharunginya bersama,” kata Trump dalam ciapan tersebut
Terdahulu, salah seorang penasihat Trump, Hope Hicks didapati positif pandemik berkenaan, semalam.
Agensi berita AP menyebut, Hicks berada bersama Trump menaiki Marine One ketika kempen presiden di Minnesota pada Selasa lepas.