Covid-19 ragut enam nyawa di Sabah, 3 kluster baharu

0
327
Sabah Malaysia Map in grey

CYBERJAYA – Sabah merekodkan enam kematian akibat wabak Covid-19 dalam tempoh 24 jam sejak semalam menjadikan jumlah kematian dalam negara sehingga kini sebanyak 152 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kematian melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 54 hingga 68 tahun di Hospital Tawau, Hospital Semporna dan Hospital Queen Elizabeth.

Sementara itu, peningkatan sebanyak 354 kes baharu hari ini juga merekodkan tiga lagi kluster baharu yang dikesan di Sabah, Perak dan Terengganu.

“Tiga kluster baharu yang dilaporkan hari ini ialah Kluster Atap di Kota Kinabalu, Sabah; Kluster Bah Lada di daerah Perak Tengah dan Hilir Perak di Perak serta Kluster Bah Sahabat di Marang dan Kuala Nerus, Terengganu,” katanya pada sidang media secara maya yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Kesihatan hari ini.

Dr. Noor Hisham Abdullah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here