Covid-19 ragut lebih 100 ribu nyawa di India

0
127
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 di India sudah melebihi 100,000, hari ini.

Menurut portal al Jazeera, data daripada Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 100,842 pesakit Covid-19 telah meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Angka ini meletakkan India sebagai negara ketiga yang merekodkan kes kematian tertinggi di belakang Amerika Syarikat (AS) dan Brazil.

Sementara itu, sebanyak 79,486 lagi kes positif baharu dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kes dalam negara tersebut kepada lebih 6.47 juta.

Para pakar menjangkakan India akan memintas kedudukan AS selaku negara yang mempunyai kes positif terbanyak dalam masa beberapa minggu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here