Covid-19: Sabah umum tambahan peruntukan RM160j

0
362
Pusat pentadbiran kerajaan negeri Sabah.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah meluluskan peruntukan sebanyak RM160 juta Bantuan Prihatin Covid-19 untuk membantu meringankan beban rakyat menghadapi kesan pandemik Covid-19.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, bantuan tersebut adalah tambahan kepada pakej bantuan berjumlah RM50 yang diluluskan kerajaan negeri awal bulan lalu.

“Dana itu akan disalurkan kepada pelbagai kementerian dalam bentuk bantuan kewangan dan ia akan memanfaatkan mereka yang bekerja dalam sektor pertanian, pelancongan (pemandu pelancong, porter, penyelam) dan pengangkutan (teksi, bas, lori) selain penjaja, anak yatim dan ibu tunggal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri hari ini.

Hajiji yang juga Adun Sulaman turut mengumumkan peruntukan RM1 juta yang akan disalurkan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) untuk membantu golongan pelajar yang terkesan dengan wabak berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Sabah bagi membincangkan langkah pemulihan ekonomi negeri.

Beliau berkata, ahli majlis itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan ia terdiri daripada pemimpin industri, peniaga, NGO dan ahli akademik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here