Covid-19: Wirawati negara dihantar ke Hospital Tawau

0
277
Tujuh jururawat dari hospital kerajaan di Kelantan dihantar ke Hospital Tawau, Sabah semalam

CYBERJAYA – Seramai tujuh jururawat dari Jabatan Kesihatan negeri Kelantan dihantar ke Hospital Tawau, Sabah semalam bagi membantu membendung penularan Covid-19 di daerah itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua petugas barisan hadapan itu telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan.

“Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik Covid-19.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira dan wirawati negara ini,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, jururawat-jururawat itu adalah dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (1 orang), Hospital Tengku Anis (1 orang) dan Hospital Gua Musang (2 orang).

Katanya, turut dihantar ialah jururawat dari
Hospital Sultan Ismail Petra (1 orang) dan Hospital Tanah Merah (2 orang).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here