Cristiano Ronaldo positif Covid-19

0
159
Cristiano Ronaldo

CYBERJAYA – Persekutuan Bola Sepak Portugis dalam satu kenyataan semalam mengesahkan bintang bola sepak terkemuka, Cristiano Ronaldo positif jangkitan Covid-19.

Menurut kenyataan itu, penyerang pasukan Juventus berusia 35 tahun tersebut kini berada dalam keadaan sihat, tidak bergejala dan sedang menjalani pengasingan.

Punca jangkitan bagaimanapun tidak diberitahu.

Susulan nasib malang yang menimpa Ronaldo, Persekutuan Bola Sepak Portugis mengumumkan semua pemain lain pasukan itu telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati negatif.

Ronaldo pada Ahad lalu telah mewakili Portugal dalam perlawanan menentang Perancis dalam Nations League dan menentang Sepanyol dalam perlawanan persahabatan pada minggu lalu.

Berikutan itu, Ronaldo akan terlepas peluang beraksi dalam perlawanan Nations League berikutnya menentang Sweden dan perlawanan Juventus seterusnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here