Datuk Seri lompat pagar SPRM akhirnya diberkas polis

0
354
Gambar suspek

CYBERJAYA – Lelaki bergelar Datuk Seri yang melarikan diri daripada polis dengan melompat pagar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, telah berjaya diberkas pihak polis

Suspek, Goh Leong Yeong, 32, atau Alvin yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberkas awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek ditahan bersama-sama seorang wanita di sebuah hotel di luar Lembah Klang hasil risikan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

“Setakat ini, status wanita yang ditahan bersama suspek masih dalam siasatan. Alvin ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” katanya memetik laporan Utusan Malaysia, hari ini.

Polis sebelum ini meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan Alvin yang melarikan diri daripada polis sebaik dibebaskan daripada reman SPRM.

Tindakan suspek yang melarikan diri dengan memanjat pagar SPRM telah menggemparkan seluruh negara dan menjadi bahan sindirian banyak pihak mengenai tahap keselamatan dan kawalan agensi tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here