Ekonomi negara sedang ‘sakit’ – Persatuan SME Malaysia

0
245
MICHAEL KANG

CYBERJAYA – Jika wabak Covid-19 terus melanda negara secara berterusan selama tiga bulan lagi, dijangkakan sehingga 100,000 peruncit di Lembah Klang akan terpaksa menghentikan operasi kerana berdepan kerugian yang teruk.

Menurut portal Astro Awani, senario ini dibayangkan oleh Presiden Persatuan SME Malaysia, Datuk Michael Kang yang turut menambah, kerugian yang dicatatkan boleh mencecah sehingga RM400 juta.

Kata Michael, kerajaan sepatutnya menumpukan pada agenda untuk memulihkan keadaan ekonomi dengan segera.

“Kerajaan seharusnya lock down semua aktiviti politik buat sementara dan tumpukan kepada agenda memulihkan COVID-19 dan pembangunan ekonomi negara.

“Ekonomi negara kita ‘sakit’. Apa kata kita tumpukan agenda yang lebih penting?” katanya ketika dihubungi portal tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here