Figueroa ucapkan selamat tinggal kepada JDT

0
116
LUCIANO FIGUEROA

CYBERJAYA – Pengurus pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa mengucapkan selamat tinggal kepada pasukannya setelah enam tahun menyumbangkan tenaga kepada kelab tersebut.

Figueroa dalam satu kenyataan ringkas di akaun media sosialnya menyatakan, beliau terpaksa pulang ke negara asalnya, Argentina kerana komitmen keluarga.

“Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa sayangnya masa saya di Johor telah berakhir disebabkan perlu kembali ke Argentina kerana komitmen keluarga,” kata Figueroa dalam kenyataan itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim serta para penyokong atas sokongan tidak berbelah bahagi yang saya perolehi sebagai pemain dan pengurus,” katanya lagi.

Figueroa memulakan karier bolasepaknya di Malaysia apabila menyertai JDT pada tahun 2013.

Ketika bersama kelab tersebut sebagai pemain, beliau telah memenangi dua kejuaran liga dan satu Piala AFC.

Pada zaman kemuncaknya bersama kelab, Figueroa pernah memenangi anugerah Pemain Luar Negara Terbaik FAM pada tahun 2015.

Pada Ogos 2018, Figueroa dilantik sebagai pengurus pasukan dan sepanjang kariernya sebagai pengurus pasukan, beliau telah berjaya membimbing anak buahnya untuk menjuarai Piala Sumbangsih (2019 dan 2020), Liga Super Malaysia (2019) dan Piala Malaysia (2019)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here