
CYBERJAYA – Angka kematian akibat gempa bumi yang menggegar bandar Izmir, Turki semalam sudah mencecah 17 orang.
Menurut Reuters, perkara tersebut dilaporkan oleh Badan Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) yang turut menambah, setakat ini seramai 709 penduduk bandar tersebut tercedera.
Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di 17 lokasi bangunan yang runtuh dan rosak.
Semalam, satu gempa bumi berkekuatan 7.0 pada skala Richter melanda kawasan Laut Aegea, dan gegaran tersebut boleh dirasai di Turki dan Greece.
Sementara itu, pegawai keselamatan Greece memaklumkan, seramai dua orang dilaporkan terkorban di Pulau Samos tetapi tidak menyebut jumlah kecederaan yang dialami.