Golongan perubatan kecam Trump kerana langgar kuarantin

0
191
GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Golongan perubatan di Amerika Syarikat (AS) mengecam tindakan Presiden AS, Donald Trump melanggar peraturan kuarantin dengan keluar daripada hospital untuk menemui para penyokongnya.

Menurut portal The Guardian, Trump dilihat menaiki sebuah kenderaan dipandu seorang anggota Perkhidmatan Rahsia diluar Pusat Perubatan Tentera Walter Reed di Maryland, sambil melambai kepada para penyokongnya.

Para pakar perubatan mengkritik tindakan Trump itu sebagai bukan hanya melanggar garis panduan kesihatan awam yang menetapkan pesakit perlu diasingkan ketika masih menjalani rawatan tetapi juga memudaratkan pasukan Perkhidmatan Rahsia yang melindungi beliau.

“Setiap orang di dalam kenderaan terbabit ketika Presiden mengambil tindakan yang tidak perlu sama sekali itu, kini perlu dikuarantin selama 14 hari.

“Mereka berkemungkinan akan jatuh sakit, malah boleh mati, untuk teater politik. Diarahkan Trump supaya memperjudikan nyawa mereka bagi tujuan itu. Ini adalah tindakan gila,” kata pakar perubatan kecemasan di Walter Reed, Dr. James Phillips dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.

Pengerusi Jabatan Etika Perubatan dan Dasar Kesihatan di University of Pennsylvania, Zeke Emanuel pula menyifatkan tindakan Trump itu sebagai ‘memalukan’.

“Ejen Perkhidmatan Rahsia beliau terpaksa berada di dalam kenderaan bersama seorang pesakit Covid-19, malah dengan tingkap tertutup, meletakkan mereka dalam risiko jangkitan yang tidak perlu. Dan untuk apa? Satu ‘stunt’ PR,” ciap beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here