Harga RON97, RON95 turun empat sen

0
51
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun empat sen seliter, masing-masing kepada RM1.97 dan RM1.67 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 16 Oktober ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan harga runcit diesel turun sebanyak satu sen seliter kepada RM1.69.

Katanya, penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara minggu menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Harga RON97 dan RON95 sebelum ini masing-masing RM2.01 dan RM1.71 seliter manakala harga diesel ialah RM1.70 seliter. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here