Hua Zong tidak faham konsep asimilasi, Cina Peranakan

0
358
Dr. Teo Kok Seong

CYBERJAYA – Penafian dan penolakan Teori Asimilasi demi perpaduan rakyat negara ini oleh Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) membuktikan pertubuhan itu masih takut pada bayang-bayang sendiri.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, kenyataan pertubuhan itu mengenai Cina peranakan baru-baru ini menunjukkan mereka tidak mahu memahami konsep asimilasi yang merupakan konsep ilmiah dalam bidang sosiologi.

Prof. Kok Seong menegaskan, beliau lebih memahami cara hidup Cina peranakan kerana beliau adalah generasi ketujuh daripada keturunan itu berbanding Hua Zong yang disifatkan beliau sebagai ‘Cina Totok’.

“Cina peranakan secara turun temurun mengamalkan hidup cara orang Melayu seperti ‘mencebok’, makan menggunakan tangan serta mandi waktu pagi.

“Itu namanya asimilasi. Bukan kata kita (Cina) suka makan Nasi Lemak – makanan Melayu – itu bukan asimilasi,” katanya memetik laporan Ismaweb.net.

Beliau berkata demikian sebagai mengkritik semula kenyataan Pengerusi Hua Zong, Tan Sri Goh Tian Chuan yang tidak berpuas hati terhadap Teori Asimilasi.

Terdahulu, Tian Chuan berkata, hujah yang diberi Kok Seong tidak objektif dan harus tampil dengan data yang meyakinkan untuk menyokongnya.

Kok Seong berkata, Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, faktor sejarah dan migrasi nenek moyang di negeri-negeri dalam Malaysia dengan pendedahan yang lama kepada persekitaran kehidupan telah menyebabkan terjadinya toleransi yang membawa kepada penerimaan dan amalan beberapa cara hidup setempat.

Mengulas lanjut, Kok Seong bekata, asimilasi luar dari Malaysia tidak sama seperti yang berlaku di negara ini.

Katanya, asimilasi Cina peranakan mereka sedia bangga mengidentifikasi diri mereka dengan orang Melayu menjadi tuan rumah.

“Seperti contoh, Cina Malaysia apabila berhijrah ke Australia mereka pun berasimilasi dengan orang putih di sana dan tak ada masalah pun.

“Tetapi di Malaysia bila peranakan itu berasimilasi secara semula jadi, mana-mana mereka pergi akan berasimilasi. Pendatang berasmilasi dengan tuan punya tempat, itu perkara biasa,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Kok Seong tidak hairan apabila Cina Malaysia menyatakan bantahan kepada beliau kerana tidak menyokong mereka.

“Cina Malaysia ini marah kepada tiga orang Cina iaitu, saya; Prof. Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan mendiang Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim kerana kami ini macam tidak sokong mereka.

“Nak bela macam mana, mereka melampau tak ada jiwa Malaysia langsung. Jadi kami kutuk mereka. Mereka pun tidak faham bahawa imej negara ini imej Melayu. Ini sudah dipersetujui dalam kontrak sosial dan menjadi Perlembagaan kita bahawa simbol Melayu dan proses sosio budaya Melayu menjadi identiti negara dan rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here