Ibu pejabat Jakim ditutup sehingga 20 Oktober

0
298
Ibu pejabat Jakim di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Ibu pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kompleks Islam Putrajaya di sini ditutup bermula hari ini sehingga 20 Oktober bagi kerja-kerja nyah kuman untuk mengecah penularan Covid-19.

Jakim dalam kenyataannya semalam memaklumkan penutupan turut melibatkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan timbalannya, Ahmad Marzuk Shaary.

“Semua operasi harian Jakim hanya dihadkan melalui perkhidmatan dalam talian sahaja. Jakim akan beroperasi semula pada 21 Oktober,’’ menurut kenyataan itu.

Sementara itu kakitangan Jakim yang merupakan kontak rapat kes Covid-19 positif diarah menjalani kuarantin di rumahZulkifli semalam mengesahkan beliau positif COVID-19 dan kini menjalani rawatan di hospital.

Zulkifli kelmarin mengesahkan beliau positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah dan kini menjalani rawatan di hospital. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here