Insiden Perancis: Penyerang seorang pendatang Tunisia

0
199
Brahim (bawah) sedang dirawat setelah ditembak pihak berkuasa yang tiba di tempat kejadian. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Penyerang dalam insiden keganasan di sebuah gereja di Bandar Nice, Perancis semalam telah dikenal pasti sebagai Brahim Aouissaoui.

Menurut portal The Guardian, Brahim merupakan seorang pendatang dari Tunisia dan tiba di Perancis pada awal Oktober lalu melalui Pulau Lampedusa, Itali.

Kata pihak berkuasa Perancis, Brahim tidak mempunyai sebarang pengenalan diri ketika ditahan, namun hanya memiliki sepucuk surat tertulis namanya yang dikeluarkan oleh Persatuan Palang Merah Itali.

Brahim berjaya ditahan pihak berkuasa ketika berada di tempat kejadian.

Sementara itu, dua daripada mangsa yang terbunuh dalam insiden semalam telah dikenal pasti sebagai petugas gereja, Vincent Loques, dan seorang ibu kepada tiga anak, Simone Barreto Silva.

Seorang lagi mangsa yang berumur dalam lingkungan 60 tahun masih belum dikenal pasti setakat ini, kata media tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here