Institusi pendidikan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah diarah ditutup

0
252
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Semua institusi pendidikan di Selangor, Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Sabah diarahkan ditutup berikutan pengumuman kerajaan mengenai penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri tersebut.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan, selaras keputusan itu semua tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, kolej vokasional dan institusi pendidikan guru (IPG) di Sabah akan ditutup bermula hari ini sehingga 26 Oktober ini.

“Keputusan ini melibatkan sebanyak 1,336 institusi dengan sejumlah 511,349 murid dan pelajar termasuk institusi yang telah ditutup di daerah yang dikenakan PKPB sebelum ini,” katanya semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, kesemua institusi pendidikan itu akan ditutup bermula Rabu hingga 27 Oktober ini.

Katanya, penutupan itu akan melibatkan 1,088 institusi pendidikan dan 935,984 pelajar di Selangor.

Selain itu, katanya, penutupan itu juga akan melibatkan 344 institusi pendidikan dan 254,639 pelajar di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, katanya, sebanyak 29 institusi pendidikan dengan 31,917 pelajar terlibat dalam penutupan itu di Putrajaya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here