Jadikan PRN Sabah sebagai pengajaran – Dr. Noor Hisham

0
392
Kesan daripada ketidakpatuhan SOP sewaktu berkempen dalam PRN Sabah menyaksikan berlakunya gelombang ketiga wabak Covid-19

CYBERJAYA – Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan semua pihak supaya belajar daripada kesan yang berlaku sewaktu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri Sabah sehingga menyebabkan berlakunya gelombang ketiga wabak Covid-19 di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, berikutan itu semua pihak digesa bersatu padu dan bersama-sama dalam melawan Covid-19.

“Petugas barisan hadapan kita sedang bertungkus lumus melawan wabak in setiap hari tanpa henti sejak 10 bulan yang lalu.

“Mereka mengalami keletihan mental dan fizikal. Malah, ada yang yang hampir menyerah kalah.

“Tolonglah belajar daripada PRN Sabah dan jangan ulanginya lagi,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Hari ini kes Covid-19 pertama kali mencatatkan angka empat digit dan paling tinggi dalam sejarah iaitu dengan 1,228 kes.

Sabah terus mencatatkan kes harian paling tinggi iaitu dengan 889 kes.

Lebih memburukkan keadaan apabila sejak semalam tersebar berita bahawa kerajaan mencadangkan untuk melaksanakan darurat dan cadangan itu telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here