Jika ke Malakat Mall jangan lupa singgah di Karkun

0
493
Pengurus Karkun, Mohamad Ash Shahid Salleh di gerai Karkun di Aras 1 Malakat Mall.


CYBERJAYA – Jika berkunjung ke pusat beli belah Malakat Mall, jangan lupa untuk singgah di gerai Karkun yang terletak di aras 1.


Pastinya anda akan tertarik dengan barangan yang dijual kerana semuanya yang mengikut sunnah selain produk Islamik.


Antara barangan yang dijual di Karkun ialah buku terjemahan, tasbih, kopiah, wangian, siwak, jubah, kurta, sejadah, ridak dan banyak lagi.


Pengurus Karkun, Mohamad Ash Shahid Salleh berkata, idea tercetusnya gerai Karkun untuk memudahkan orang ramai mendapatkan barangan sunnah.


“Sebelum ini, saya bersama pengasas Malakat Mall, Coach Fadzil (Mohd. Fadzil Hashim) dan beberapa rakan ‘keluar’ selama tiga hari.


“Kami ke Subang dan Masjid Sri Petaling, di situ banyak kedai-kedai yang menjual barangan seumpama ini, ia menarik.


“Jadi untuk memudahkan staf dan orang ramai dapatkan barangan sunnah, timbul idea dari Coach Fadzil untuk buka Karkun ini di Malakat Mall,” katanya.t


Menurut Ash Mohamad, barangan yang dijual di Karkun dimport terus dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan harganya amat berpatutan.


“Di gerai Karkun, harga amat berpatutan bermula daripada RM4 hingga RM150. Apa yang menarik kita juga memberi hadiah kepada pembeli.


“Hadiah ini tidak kira dalam bentuk apa pun, ada yang kita berikan diskaun. Kita mahu pelanggan gembira bila berbelanja di Karkun,” katanya.


Ditanya kenapa ‘Karkun’ dipilih sebagai nama gerai, Ash Mohamad berkata, Karkun sinonim dengan gelaran untuk golongan tabligh.


“Jadi, kami pilih Karkun sesuai dengan barangan yang dijual di sini. Namanya juga sesuai dan sedap didengar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here