JKJAV mulakan bersidang

0
261
Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan dengan tujuan bagi memastikan bekalan Covid-19 dapat diperoleh dengan segera, selamat dan sempurna ini mula bersidang semalam. – facebook/Kementerian Kesihatan Malaysia

CYBERJAYA – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) buat pertama kalinya mula bersidang, semalam.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan hari ini, mesyuarat tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

DR. ADHAM BABA

Jawatankuasa Khas ini ditubuhkan dengan tujuan bagi memastikan bekalan Covid-19 dapat diperoleh dengan segera, selamat dan sempurna.

Dalam mesyuarat tersebut, beberapa jawatankuasa kecil merentasi kementerian turut dibentuk bagi melaksanakan tugasan meliputi pemilihan, pendaftaran, kelulusan, pengimportan, penstoran, logistik, pengangkutan, pengagihan dan pemberian vaksin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here