Kadar kebolehjangkitan Covid-19 terus turun

0
171
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kadar terkini R-naught (Rt) atau kebolehjangiktan Covid-19 di Malaysia kini telah turun daripada 2.2 pada permulaan gelombang ketiga wabak itu kepada 1.1.

Namun begitu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, usaha yang berterusan masih perlu dilakukan bagi mengawal penularan wabak tersebut.

“Kita perlu mempergiatkan lagi usaha kesihatan awam di lapangan.

“Berusaha dan bertawakkal. Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Pada pertengahan bulan ini, kadar Rt turun kepada 1.5 selepas empat minggu gelombang ketiga berlaku pada hujung September lalu.

Malah, Dr Noor Hisham baru-baru ini berkata, sekiranya Rt kekal 1.5 pada 31 Oktober ini, kes baharu Covid-19 mungkin mencecah 1,300 kes untuk sehari.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here