Kakitangan Parkson One Utama positif Covid-19

0
308
Kerja nyah kuman dilakukan di premis kecantikan Elite Parkson, One Utama, Petaling Jaya selepas seorang kakitangan disahkan positif Covid-19.

KUALA LUMPUR – Parkson Malaysia mengesahkan seorang daripada perunding kecantikan yang bertugas di Elite Parkson One Utama, Petaling Jaya di sini positif Covid-19 selepas menjalani saringan semalam.

Parkson menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, perunding kecantikan itu bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di aras G pusat beli belah berkenaan.

Sehubungan itu, kerja-kerja sanitasi dan pembersihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) telah dijalankan bagi mencegah penularan.

“Kami telah pun menutup premis Parkson Elite 1 Utama bagi proses sanitasi.

“Premis akan dibuka semula esok dengan kakitangan baharu,” katanya.

Kakitangan yang dikesan dengan suhu badan di bawah paras 37.5 itu dikatakan sudah tidak berkunjung ke pusat beli-belah itu sejak 30 September lalu dan telah dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan untuk rawatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here