Karikatur hina nabi: Menteri Agama tulis surat pada Perancis

0
655
Surat yang ditulis Zulkifi kepada Duta Perancis

CYBERJAYA – Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menulis surat khusus berhubung peristiwa terkait karikatur Nabi Muhammad oleh Charlie Hebdo kepada Duta Perancis di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, surat itu akan dihantar hari ini kepada Kedutaan Perancis.

“Bersempena dengan bulan Rabiul Awwal yang juga bulan kelahiran Rasulullah SAW, saya hadiahkan beliau sebuah buku bertajuk al-Shama’il al-Muhammadiyyah (The Sublime Qualities of the Prophet Muhammad ﷺ) terjemahan bahasa Inggeris,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Buku yang akan dihantar kepada Duta Perancis

Menurut Zulkifli, Perancis adalah antara negara Eropah pertama mengadakan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas negara ini mencapai kemerdekaannya pada 1957.

Beliau berharap, peristiwa itu memberi pengertian yang besar dalam memaknakan lagi hubungan erat antara Malaysia dan Perancis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here