Kasturi Carwash tawar promosi istimewa cuci kenderaan

0
597
Coach Fadzil (dua dari kanan) merasmikan Kasturi Carwash di aras LG Malakat Mall, Cyberjaya hari ini

RAUDHAH CITY – Pusat cuci kereta, Kasturi Carwash yang terletak di Malakat Mall, Cyberjaya menawarkan promosi istimewa cuci kenderaan sempena pembukaannya hari ini.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, harga promosi yang bermula serendah RM9.90 itu akan berakhir pada 30 November ini.

“Tak kira kereta besar atau kecil sempena promosi pembukaan, kita tawarkan khidmat cuci kenderaan di bahagian luar dan dalam dengan harga hanya RM9.90 berbanding harga asal antara RM13 hingga RM16,” katanya ketika promosi prapembukaan Kasturi Carwash di aras LG tempat letak kereta Malakat [email protected]

Mengulas lanjut, Mohd Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, pusat cuci kereta itu turut menawarkan pakej bulanan iaitu bermula dengan harga RM44.

Promosi istimewa yang ditawarkan Kasturi Carwash

Pada masa sama, katanya, sempena promosi pembukaan itu, Kasturi Carwash turut menawarkan khidmat mengilat kereta (polish&wax) pada harga RM99 sahaja.

Lebih menarik katanya, pusat cuci kereta itu juga menawarkan pakej keluarga iaitu 10 kali polish dan wax dengan harga RM999 sahaja.

“Sementara menunggu kenderaan siap dicuci, pelanggan boleh datang membeli belah dan menjamu selera di Food [email protected] Mall yang menawarkan pelbagai pilihan makanan kesukaan rakyat Malaysia di bawah satu bumbung,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here